Monday, 27 February 2017

Percutian ke Medan - Part 3 (Last)

Assalamualaikum.... :)

Kami sampai di Hotel Sinabung Hills hampir menjelang waktu maghrib. Dinner dulu lepas tu baru masuk bilik. Buka je pintu bilik, kedengaran air paip dibuka. Laju-laju pekerja hotel yang membantu mengangkat beg menutup kepala paip air tu. Seriau jugak time tu sebab almaklum la dah maghrib. Hotel angkerkah ini? huhu...

Ini rupa biliknya. memang luas dan selesa. View mengadap Gunung Sinabung yang sedang mengeluarkan asap semasa kami berada di sana. Kali pertama melihat gunung berapi yang mengeluarkan asap dalam seumur hidup ni.

Esok paginya selepas sarapan, baru dapat jalan-jalan di sekitar hotel yang popular di Berastagi ini. Landskap memang cantik dan luas. Boleh ambil gambar banyak-banyak kat sini.


Seronok tengok pokok hydrangea yang begitu meriah mengembang di sini. Cuaca tanah tinggi memang sesuai untuk kebanyakan shrub yang cantik-cantik subur. 


Ape hal mokcik ni entah la. Layan je laaa...hihihi...


Nampak tak muka Qisya yang jadi sembab tetiba tu. Hairan betul sebab dia kata tak sakit atau tak gatal pun. Balik Malaysia, ok pulak. Misteri betul.


Takde pulak air terjunnya masa ni. 

Dah habis bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Medan yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Sempat singgah shopping kat kedai telekung entah apa namanya. Kat situ saja tempat yang supir tu bawa kami. Hampeh betul. Tahan beli barang itu ini sebab katanya di Medan lebih murah, sekali...kat situ je la tempat shoppingnya. Lepas kedai telekung tu ada la singgah di gerai kek lapis. Adoiii....sudahnya fridge magnet dibeli di airport! Nak nangis ke nak gelak ke, redho je la sebab follow orang. huhu...


Sebelum sampai airport, kami dibawa lunch dulu di sebuah kedai makan ni. Katanya femes dengan bakso dan soto. Layan je la. Satay kerang ni sangat sedap. Tapi sayang tak ingat nama kedai. Kalau teringin nak makan satay ni masa di Medan nanti, u ols tunjuk la gambar satay ni kat supir u ols. hihi..


Ni ha. Nasi soto. Alhamdulillah kenyang...


Lama kami lepak di Kualanamu International Airport ni. Tersampai awal kekdahnya. Almaklum la, tak pergi shopping. Singgah satu kedai je tadi, kan. 


Ni ha family saya. Memang kami semua suka berjalan sana sini bersama. Tak semuanya saya tepek kat blog. Pening dengan perangai manusia yang suka komplen kata saya ni travel tinggalkan anak dan suami la. Tak family oriented la. Adeh... Tengok lokasi , masa dan duit la derr. Of course saya rindukan diorang bila berpisah. Takkan nak berkepit 24 jam baru dikatakan family oriented. Amsyar saya dah masukkan ke sekolah asrama kot. Masing-masing ada cara tersendiri dan haluan sendiri. Jangan nak komplen kehidupan orang lain sesedap rasa je gitu. Eh, tetiba terbebel pulak. hahaha.... :p


Berbalik kisah di airport tadi, port yang paling best, mestilah di area charge handphone. Dijamin tak berebut plug. hahaha...


Dalam setahun entah berapa kali family day la kitorang ni. Layan je laa... yang penting anak-anak happy. :)

Bab supir yang kami gunakan semasa di Medan, saya tak akan share ya u ols atas sebab-sebab tertentu. Carilah perkhidmatan supir yang lain di mana review terhadap perkhidmatan mereka lebih bagus. Banyak dikongsikan di blog-blog lain. Rajin membaca review ni sebenarnya banyak membantu kelancaran percutian. Percayalah tips saya yang tak seberapa ni. hihi...


Menjelang maghrib dari atas awan. Alhamdulillah...selesai percutian keluarga besar kami di Medan. Ada lagi banyak trip kami sekeluarga tapi rasa macam dah basi pula nak cerita. Langkau ke Cambodia je la untuk next entry... :p


Terima kasih sudi baca. :)

Tuesday, 31 January 2017

Percutian ke Medan - Part 2

Assalamualaikum and hello readers!

Hari ketiga kami bersarapan menu yang biasa disajikan di hotel-hotel Indonesia yang lainnya. Nasi goreng dan sup wajib ada. Tapi yang paling mahal, mestilah pemandangan Danau Toba dari atas bukit yang memang terbaik!

 
Layan mee soto dulu. Cadangnya kami akan bergerak ke Pulau Samosir pagi tu. Sebelum bergerak naik feri ke Pulau Samosir, kami berphotoshoot family dulu. Ambil banyak masa jugalah berposing sana sini dengan ahli keluarga yang lain.

 Antara sedikit kejadian misteri di sana ialah, muka jadi agak sembab terutamanya Qisya. Entah kenapa. Tu yang kekurangan gambar untuk di tepek kat blog tu. hahaha...

Pulau Samosir adalah unik kerana ia adalah pulau di dalam pulau. Sumatera sendiri merupakan sebuah pulau. Manakala Pulau Samosir pula ialah pulau vulkanik di tengah Danau Toba. Cara nak pergi ke Pulau Samosir dari Parapat mestilah melalui jalan air iaitu menggunakan feri. Kami menaiki feri antara yang terawal di pagi tersebut.

Masa mula-mula duduk dalam feri tu, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak yang dipanggil pengamen. Masya Allah....sedap sangat suara mereka! Sebiji macam suara Tegar tu. Tapi kalau nak tahu, suku Batak memang pandai menyanyi. Ramai penyanyi popular Indonesia berasal dari suku Batak. Judika tu orang Batak la. Kalau u ols suka kutuk-kutuk orang lain kata batak2 tu, u ols kena pastikan u ols tu bukan peminat Judika. hahaha..

 
 Mereka ni memang menyanyi khas untuk kami nampak gayanya sebab tiada pelancong lain sebab masih awal pagi.


 Yeayyy....dah sampai Pulau Samosir. Saja nak tunjuk feri yang kami naik tadi tu.

 

Horas...Mula-mula tergelak juga baca perkataan Tomok tu. Eh, si Tomok retis malaya tu orang Batak ke? hahaha....rupa-rupanya tomok bermaksud subur.


Pulau Samosir penuh dengan kedai jualan cenderamata ya kawan-kawan. Jika tak nak membeli apa-apa, sila jangan membuat tawar-menawar. Tolaklah dengan cara yang baik. Ambil langkah berhati-hati. Kita kan di negara orang. Indonesia ada lebih 1300 suku. Masing-masing ada tatacara dan sikap yang tersendiri. Di sini, saya nasihati anda supaya lebih berhati-hati terutama tuturkata.


Menonton pertunjukan Sigale-gale. Tarian ini adalah mengikut muzik tradisional tempatan yang dikatakan bertujuan untuk menawar rindu seorang raja terhadap kehilangan anaknya. Boneka tu dibuat menyerupai anak raja yang sudah meninggal. Saya lebih tertarik dengan senibina rumah orang Batak ni yang dipanggil rumah bolon. Bersegi empat, pintu yang sangat kecil dan tidak berkamar. Tapi ianya unik kerana tidak menggunakan paku, hanya diikat menggunakan tali. Bahagian bawahnya untuk binatang ternakan.



Saya mengambil kesempatan melawat tempat sekitar secara bersendirian sementara ahli keluarga yang lain menonton tarian Sigale-gale. Terdapat Muzium Batak yang saya tak masuk pun kerana tiada orang langsung di situ.




Sangat cantik rumah bolon untuk muzium ni.


Nampak tak simbol 4 payudara dan dua ekor cicak tu? Itulah falsafah kaum batak. Kaum batak disarankan memiliki anak yang ramai dan  hidup melata seperti cicak. Di sinilah lokasi makan Raja Sidabutar yang femes tu. Saya tak berani nak naik kerana kompleks perkuburan ini tidak menanam mayat ke dalam tanah tapi diletakkan di atas permukaan tanah. Maknanya jasad raja-raja berkenaan betul-betul berada di dalam keranda batu tersebut. Adehhhh....ada berani?


Pemandangan Danau Toba International Cottage dari Danau Toba. Selesa menginap di sini.


Antara pemandangan pekan Parapat.


Sempat membeli baju di sini.


Makan tengahari dulu sebelum memulakan perjalanan ke Berastagi.

On the way tu kita singgah lepak dulu di Simarjunjung. Minum kopi dan makan pisang goreng. Honestly, biasa saja. View atas bukit je la yang agak menarik.



Satu bas tu orang Malaysia! hahaha....


Disebabkan supir tak singgah kat pasar jual buah tu, saya beli je buah limau kat sini. Jangan ingat harganya murah, ya. Sama je harga dengan buah limau di Malaysia. Cuma uniknya, buah jeruk ni memang keluaran tempatan dan rasanya lain sikit berbanding yang biasa. Ladangnya boleh kita lihat di sepanjang perjalanan. Memang luas.


 

Akhirnya sampai ke air terjun Sipiso piso yang terkenal tu. Memang tinggi air terjunnya.  120 meter tingginya. Memang sayup je kelihatan.




Panorama memang wow. Berposing sakan kat sini. hahaha...


 Banyak kedai jualan di sini. Layankan anak-anak punya souvenir kat sini. Beli yang murah-murah saja asalkan diorang happy. Persekitaran adalah bersih cuma tandas terletak agak jauh. Kena menapak turun bukit sikit dan agak tersorok di antara deretan kedai jualan.


*bersambung...