Tuesday, 31 January 2017

Percutian ke Medan - Part 2

Assalamualaikum and hello readers!

Hari ketiga kami bersarapan menu yang biasa disajikan di hotel-hotel Indonesia yang lainnya. Nasi goreng dan sup wajib ada. Tapi yang paling mahal, mestilah pemandangan Danau Toba dari atas bukit yang memang terbaik!

 
Layan mee soto dulu. Cadangnya kami akan bergerak ke Pulau Samosir pagi tu. Sebelum bergerak naik feri ke Pulau Samosir, kami berphotoshoot family dulu. Ambil banyak masa jugalah berposing sana sini dengan ahli keluarga yang lain.

 Antara sedikit kejadian misteri di sana ialah, muka jadi agak sembab terutamanya Qisya. Entah kenapa. Tu yang kekurangan gambar untuk di tepek kat blog tu. hahaha...

Pulau Samosir adalah unik kerana ia adalah pulau di dalam pulau. Sumatera sendiri merupakan sebuah pulau. Manakala Pulau Samosir pula ialah pulau vulkanik di tengah Danau Toba. Cara nak pergi ke Pulau Samosir dari Parapat mestilah melalui jalan air iaitu menggunakan feri. Kami menaiki feri antara yang terawal di pagi tersebut.

Masa mula-mula duduk dalam feri tu, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak yang dipanggil pengamen. Masya Allah....sedap sangat suara mereka! Sebiji macam suara Tegar tu. Tapi kalau nak tahu, suku Batak memang pandai menyanyi. Ramai penyanyi popular Indonesia berasal dari suku Batak. Judika tu orang Batak la. Kalau u ols suka kutuk-kutuk orang lain kata batak2 tu, u ols kena pastikan u ols tu bukan peminat Judika. hahaha..

 
 Mereka ni memang menyanyi khas untuk kami nampak gayanya sebab tiada pelancong lain sebab masih awal pagi.


 Yeayyy....dah sampai Pulau Samosir. Saja nak tunjuk feri yang kami naik tadi tu.

 

Horas...Mula-mula tergelak juga baca perkataan Tomok tu. Eh, si Tomok retis malaya tu orang Batak ke? hahaha....rupa-rupanya tomok bermaksud subur.


Pulau Samosir penuh dengan kedai jualan cenderamata ya kawan-kawan. Jika tak nak membeli apa-apa, sila jangan membuat tawar-menawar. Tolaklah dengan cara yang baik. Ambil langkah berhati-hati. Kita kan di negara orang. Indonesia ada lebih 1300 suku. Masing-masing ada tatacara dan sikap yang tersendiri. Di sini, saya nasihati anda supaya lebih berhati-hati terutama tuturkata.


Menonton pertunjukan Sigale-gale. Tarian ini adalah mengikut muzik tradisional tempatan yang dikatakan bertujuan untuk menawar rindu seorang raja terhadap kehilangan anaknya. Boneka tu dibuat menyerupai anak raja yang sudah meninggal. Saya lebih tertarik dengan senibina rumah orang Batak ni yang dipanggil rumah bolon. Bersegi empat, pintu yang sangat kecil dan tidak berkamar. Tapi ianya unik kerana tidak menggunakan paku, hanya diikat menggunakan tali. Bahagian bawahnya untuk binatang ternakan.



Saya mengambil kesempatan melawat tempat sekitar secara bersendirian sementara ahli keluarga yang lain menonton tarian Sigale-gale. Terdapat Muzium Batak yang saya tak masuk pun kerana tiada orang langsung di situ.




Sangat cantik rumah bolon untuk muzium ni.


Nampak tak simbol 4 payudara dan dua ekor cicak tu? Itulah falsafah kaum batak. Kaum batak disarankan memiliki anak yang ramai dan  hidup melata seperti cicak. Di sinilah lokasi makan Raja Sidabutar yang femes tu. Saya tak berani nak naik kerana kompleks perkuburan ini tidak menanam mayat ke dalam tanah tapi diletakkan di atas permukaan tanah. Maknanya jasad raja-raja berkenaan betul-betul berada di dalam keranda batu tersebut. Adehhhh....ada berani?


Pemandangan Danau Toba International Cottage dari Danau Toba. Selesa menginap di sini.


Antara pemandangan pekan Parapat.


Sempat membeli baju di sini.


Makan tengahari dulu sebelum memulakan perjalanan ke Berastagi.

On the way tu kita singgah lepak dulu di Simarjunjung. Minum kopi dan makan pisang goreng. Honestly, biasa saja. View atas bukit je la yang agak menarik.



Satu bas tu orang Malaysia! hahaha....


Disebabkan supir tak singgah kat pasar jual buah tu, saya beli je buah limau kat sini. Jangan ingat harganya murah, ya. Sama je harga dengan buah limau di Malaysia. Cuma uniknya, buah jeruk ni memang keluaran tempatan dan rasanya lain sikit berbanding yang biasa. Ladangnya boleh kita lihat di sepanjang perjalanan. Memang luas.


 

Akhirnya sampai ke air terjun Sipiso piso yang terkenal tu. Memang tinggi air terjunnya.  120 meter tingginya. Memang sayup je kelihatan.




Panorama memang wow. Berposing sakan kat sini. hahaha...


 Banyak kedai jualan di sini. Layankan anak-anak punya souvenir kat sini. Beli yang murah-murah saja asalkan diorang happy. Persekitaran adalah bersih cuma tandas terletak agak jauh. Kena menapak turun bukit sikit dan agak tersorok di antara deretan kedai jualan.


*bersambung...

7 comments:

  1. cantiknya air terjun Si piso-piso tu Yana..persekitaran disana pun nampak nyamna dan sejuk ja..alahai bila la dapat menjejak kaki kesana hehe

    ReplyDelete
  2. bestnya yana. doakan saya juga dapat pergi ke sana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. Cari tiket murah2. Kami ni tak sampai rm150 seorang untuk kos pergi balik kalau tak silap. :)

      Delete
  3. Lama sangat akak tak ke Medan.

    ReplyDelete
  4. Salam, jom bercuti ke Medan-Berastagi-Lake Toba. Muslim pakej. harga berpatutan dengan servis yang ditawarkan. In shaa Allah. whatsapp: +6012-6047593 Ig: @percutianbajet

    ReplyDelete