Jalan-jalan di Singapore - Part 2 (Gardens By The Bay)


Assalamualaikum wbt....salam sejahtera!!

Waahhh....lamanya jarak part 1 dan part 2 cerita di Singapore ni. Bertabahlah mencari mood menulis ni. Bila dah lama tak menulis, penyakit 'M' pun menyerang. Bukan itu saja, ini entri pertama saya menulis di wordpress. Perkara baru mestilah agak janggal, kan? Masalah kerja hakiki dan masalah internet di rumah pun satu hal juga. Ok. Banyak nau alasan. :D
 
Tujuan kami ke Singapore ni nak masuk Gardens By The Bay yang paling utamanya. Nak tengok landskap kat sini katanya cantik sangat. Lagi pun tengah musim bunga katanya. Banyak bunga tulip sedang berkembang mekar! Waahh...memang best sangat la kan. Nak merasa pergi Holland tu entah bila. Sini pon kira ok jugak la.


Ala-ala Avatar katanya..



Kerusi ni pun macam menarik je. hihi...
 


Bukti dah sampai ke Gardens By The Bay. Simple je logo dia...



  Gardens By The Bay ni ada 2 buah konservatori yang besar. Yang pertama ialah Flower Dome dan yang kedua ialah Cloud Forest. Tiket masuk berharga SGD 28 seorang. Memang mahal sebab kena darab dengan 3. Sakit wooo...tu yang tak boleh berlama-lama di Singapore ni. Tapi bagi peminat pokok macam saya ni, berbaloi sangat dapat masuk ke Gardens By The Bay ni. Sebabnya, pokok-pokok yang ada dalam Gardens By The Bay ni berasal dari pelbagai negara. Rasa macam pergi banyak negara pulak. :)



Flower Dome memang sangat cantik. Macam-macam jenis pokok bunga ada. Nampak macam Keukenhoff Garden yang kat Holland tu kan? Cantik sangat tulip-tulip ni..





Makanya macam kesawanan la seorang makhluk tu bergambo. Jangan kecam, ya...  :P





Fefeeling kat Australia ni...



Memang besar sangat la. Sudah la jenuh menapak ke sana ke mari menggunakan pengangkutan awam. Dalam ni pun jenuh menapak juga dibuatnya.



Masuk ke dome Cloud Forest pulak tapi dah malam. Tak dapat rakam gambar yang menarik melainkan minta ihsan dari kamera Datin je ni. :D



Kat sini jenuh menapak juga ya. Siapa gayat, kita tinggalkan dia... hahaha
Cantik tak air terjun tinggi ni? Habis basah kamera dibuatnya.



Ini la laluan yang kitorang lalu tu. Fefeeling avatar sangat kan...hambikk..



Chrystal Mountain. Tengok batu yang berkilauan di pergunungan katanya..



Masa ni kami layan Garden Rhapsody di kawasan Supertree. Lampu-lampu di Supertree ni berkerlipan mengikut rentak muzik orkestra.  Habis show Supertree ni baru kami gerak pulang ke hotel di Geylang dengan menaiki teksi. Dah tak larat nak menapak ke stesen MRT kekdahnya. Kena bayar SGD 11 gitu. Adeehhh....stress nak bayo. :D

0 Comments