Percutian ke Lombok - Part 8 (Pantai Seger dan Kuta)

Assalamualaikum...bismillah..

Perjalanan  ke daerah Lombok Tengah di mana terletaknya pantai-pantai indah seperti Pantai Seger adalah agak memakan masa kerana jarak yang jauh. Sampai di Pantai Seger dalam pukul 1 tengahari gitu. Panas terik tapi angin pantai yang kuat masih menyejukkan persekitaran.


Tak boleh swimming kat sini. Ombak kuat. Angin kencang. Surfing je boleh.


Biar Kella je yang jadi model entri ni. Tak sanggup saya nak tunjuk foto saya kat sini akibat pakai blouse kain cotton. Patutnya pakai chiffon. Barulah ada konsep kibar-kibaran. Ini pakai blouse cotton, memang konsep kembung-kembunganlah yang mendapat. Hahaha...


Pemandangan dari atas Bukit Seger ini masya Allah...tersangatlah cantik dan mengasyikkan. Tapi itulah, gayatnya hanya Allah je yang tahu. Bukit gondol berumput kering dan licin ni sangat menggerunkan untuk di daki. Tiada tempat berpaut, tiada tangga dan pemegang, curam pulak tu. huhu... 

Angin pula terlalu kuat rasa macam nak melayang. Topi usah katalah masa kat atas bukit tu. Asyik nak terbang je. Haruslah semua gambar pegang topi. Bosan betul. kekeke...
Tapi pengalaman memanjat Bukit Seger yang menyeramkan ini amat berbaloi. Cantik sangat pemandangannya.


Nah gambo orang yang tengah melawan rasa gayat ni. Kemain peace konon. Seriaunya macam nak tercabut lutut! hahaha..


Haaa.....nampak tak curamnya macam mana? Si penggayat tak payahlah gigih panjat. Kang terkencing pulak kat situ. :D

Penjual kat sini jenis paksa-paksa. Tak best betul. Cara nak menolak, minta maaf je cakap tiada nak belanja di situ. Saya terkena dengan sorang penjual air kelapa muda kat situ. Dia tuduh saya menipu sedangkan saya beritahu dia 'tengoklah nanti'. Maksud saya tu, kalau teringin nak beli air kelapa masa turun nanti, saya beli la. Sebab kena paksa dan rasa sangat annoying dituduh menipu, memang saya tak beli la jawabnya. Geram pulak saya. Dah la rasa gayat belum hilang lagi, kena paksa-paksa pulak. 20k tau harga sebiji kelapa muda kat situ. Bersamaan RM6 sebiji. Mahal sangat kot. 





Kami terus jalan laju-laju ke pantai batu di sebelah bukit tu. Ambil gambar cepat-cepat lepas tu terus ke kereta Arix. Seriau kena paksa beli-beli. Yang tu kesian, yang ni pun kesian jenuh la. Yang paling penting, kesian kat diri sendiri. Ikut bajet kekdahnya.


Arix terus membawa kami ke Pantai Seger yang popular dengan kisah puteri Mandalika. Puteri ini dikhabarkan sangat cantik jelita orangnya sampai berebutlah putera-putera raja nak berkahwin dengan beliau. Tapi dia ni adil orangnya. Dia meminta supaya diadakan pertandingan puisi di antara 3 orang putera yang berebutkannya. Malangnya semua ketiga mereka itu jadi pemenang. Puteri Mandalika tidak inginkan pertumpahan darah berlaku kerana dirinya, maka beliau terjun ke laut. Tak lama kemudian, muncullah cacing laut yang berwarna warni di pantai itu yang dipanggil 'nyale' oleh penduduk setempat. Sejak itu, menangkap nyale menjadi upacara tahunan yang dipanggil 'bau nyale' di sini. Nak tengok pesta dan rupa nyale itu, silalah google. hehe...


Pantai Seger ini memang cantik. Boleh pulak ada sebatang pokok kat situ.


credit : google

Sementara tunggu Kella jalan-jalan atas jambatan tu, saya beli la juga air kelapa muda di gerai tempat saya menumpang teduh ni. Kesian sungguh panas-panas terik tu dibawanya anak yang masih bayi berniaga. Botol susunya berisi air teh o. Saya mana boleh tengok pemandangan macam ni. Kasihan sangat kot.


Kelapa 20k saya. :D


Saya tak nak mengagungkan kisah puteri bunuh diri ni. Saya lebih mengagumi keindahan pantai ini yang sangat jernih airnya ini. Masih sangat bersih kerana daerah ini agak sunyi berbanding daerah pelancongan yang lain di Lombok. 


Seterusnya kami bergerak ke Tanjung Aan. Sunyi je pantai ini tak begitu ramai orang. Yang berjual lagi ramai dari yang berkunjung. Jenuh menolak la kau dengan ayat-ayat manis penjual-penjual tu. Tujuan ke sini nak pergi ke Batu Payung kononnya. Tapi angin kuat tak mengizinkan kami untuk menaiki bot. Kemungkinan ribut katanya. So, cancelled. Lepak-lepak ambil gambar sambil sembang dengan penjual-penjual ayat manis kemain tu. Jangan kau ingat lelaki Lombok je yang pandai mengayat. Yang perempuan pun sama. hehe...


Cantik, kan?


Kella yang gigih. 

Dah snap-snap gambar, gerak ke Pantai Mawun pulak. Adoiii, panas terik kot dok layan tepi-tepi pantai tengah hari tu. Sudahnya, turun untuk ambil gambar je. Dah banyak tengok macam-macam pantai kot. Mandi tepi pantai pun dah puas, kan? So, posing-posinglah kitorang selepas jenuh tunggu turn tourist dari China. 


Cukuplah sekeping, ye. Kang ada pulak yang muntah hijau. ekeke..




*bersambung...



1 Comments