Jalan-jalan ke Pulau Pangkor - Part 3 (last)

 Assalamualaikum wbt....bismillah...


Kami meronda Pulau Pangkor sampai puas hati.
Nampak menara tinjau, singgah dan panjat.
Nampak laut, berhenti lepak.
Dah alang-alang datang, katanya.
Keseluruhannya Pulau Pangkor ni makin cantik dan bersih.
Dulu, rasanya tang Teluk Nipah je best dan jadi tumpuan.
Sekarang ni rasa semua pantai yang ada kat Pulau Pangkor tu best dan wajib singgah.

 #menara tinjau kat atas bukit selepas Teluk Dalam. Punya gayat nak panjat sebab kecik je anak tangganya. Goyang-gayang pulak tu. huhu... Tapi lega bila sampai kat atas. Saja seronok lepak bawa anak-anak.



 #Pekan Sungai Pinang.

Sampai kat pekan, singgah kejap kat Tokong Fu Ling tapi tak masuk pun.
Rasa macam biasa je.
So, teruskan perjalanan melalui pekan Sungai Pinang kat Pulau Pangkor ni.
Kedai makin bertambah.
Taman perumahan pun dah bertambah juga.
Tapi biasalah pekan di pulau-pulau ni.
Jalanrayanya agak sempit.
Jimat ruang kekdahnya.



 #nak singgah di Galeri Pangkor, tutup la pulak. Takde rezeki nak tengok-tengok apa yang ada lagi kat Pulau Pangkor ni. Mana la tau kot-kot ada tempat best yang tersembunyi, ye dak?


Destinasi seterusnya.....


#jom belajar sejarah kat Kota Belanda, Pulau Pangkor. :D


Awat dah lain bebenor?
Landskap makin cantik, siap ada banyak gerai jualan makanan ringan.
Minyak dhab pun ada.
Jangan memain.
Makin meriah pulak kat sini sebab ramai pengunjung.



#jom baca sejarah....



#ramai yang pakat-pakat posing kat Kota Belanda ni. (sorry ye aksi2 korang tetibe muncul dalam blog ni. hehe...)


#Cantik, kan? Baru la nampak macam kawasan pelancongan sikit.


Di sinilah saya dinasihatkan supaya tidak membeli satay ikan keluaran pengilang di Pulau Pangkor.
Tapi terpulanglah pada u olls, kalau yakin silalah beli.
Kalau was-was, eloklah kita tak payah makan satay ikan tu.
Banyak makanan lain yang boleh dimakan.


#Teluk Nipah yang dah jauh berbeza. Makin banyak pula kedai-kedai menjual pakaian dan gerai-gerai makanan kat sini. Pilih je mana bekenan dan nak makan kat kedai mana satu. 



#ikan buntal yang dikeringkan. Comel je.


#credit to pangkor beach.com

Macam-macam jenis boat boleh try kat sini.
Semua best.
Teringin pulak nak berjet ski bila tengok diorang berjimba di tepi pantai.
Tapi itu next trip la pulak. huhu...


#gerai yang mempunyai view paling best saya rasa. Dari sini dapat tengok semua aktiviti pantai. Tapi harga makanan agak mahal ye. Sila jangan terkejut.


#antara menu pilihan kami. Biasa-biasa saja tapi mencecah hampir RM40. Sila lap peluh.


Kami berehat, makan dan bersolat zohor di Teluk Nipah.
Dalam pukul 3 petang macam tu, kami bertolak pulang ke Lumut.
Ke Marina Cove Resort le pulak kita....


tujuannya.....nak bergedering dengan family bapa mertua saya la pulak.


Habis dah update entri Pulau Pangkor.
Line internet macam siput buat saya lambat menghapdet.
Berderet hotel nak direview ni. 
adoiii......



3 Comments

  1. dah cantik pulau pangkor. saya smp rasanya hampir 20 thn sdh time belajar2. heheh

    ReplyDelete
  2. alaaa. df pergi pun tak sampai ke jauh nun sanan =.= sedihhh

    ReplyDelete
  3. waaaa.. even sendiri asal perak.. tak pernah lagi g sana.. parents ckp dorang dah g sana.. tp xnak bwk kiteowang...huhu

    ReplyDelete