Jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt....bismillah.....

Sambung cerita di Pulau Pinang...

Makanan di Pulau Pinang adalah paling best saya rasa.
Banyak yang sedap-sedap belaka memang tak tipu.
Memang setuju sangatlah kalau Pulau Pinang ni dianggap syurga makanan Malaysia!
Tak perlu restoran atau kedai cantik, rasa makanannya tidak pernah mengecewakan.
Boleh jumpa di gerai-gerai jalanan atau foodcourt saja.

Saya masih teringat-ingat bihun sup kat Jelutong.
Masih teringat gerai-gerai makanan di teluk Kumbar.
Masih teringat-ingat seafood di Teluk Tempoyak.
Masih teringat-ingat pelbagai makanan yang super sedap di foodcourt-foodcourt pantai Seagate dan Padang Kota Lama.
Char Koay Teow Bukit Mertajam, mee udang Sungai Dua, walaahhhh.....berderet listnya kalau mahu ditulis termasuklah Nasi Kandar Line Clear, Beratur dan macam-macam lagi gerai nasi kandar.
Kemain, kan? 
Kalau sebut bab makan nih. hahaha....

Memang serius best.
Tu sebab bila duduk Selangor kalau nak makan yang sedap-sedap ni kena pergi restoran-restoran mahal yang kadangkala indah khabar dari rasa, nak marah pun hade.
Memang tak tipu.
Selalu rasa nak marah bila makan rasa tak seberapa, harga mahal melampo.
Kalau sedap tu, berbaloi jugak la, kan?


                                   #hiasan meja-meja di lobi Hotel Traders. Simple yet stylish. Suka.


Hari tu masa kat Pulau Pinang, memang dah set dah kepala ni nak makan apa malam tu.
Rindu sangat nak makan sotong kangkung kat Padang Kota Lama.
Kat situ memang agak mahal, untuk satu set harganya RM13.
Kalau pasembor, agak-agak la bajet masa nak pilih tu.
Kang takut tersemboq dengaq ghega pasemboq. hahaha....
Harga memang agak mahal ye, jangan main sedap je pilih letak dalam pinggan tu. :D
Mungkin sebab di sini adalah kawasan pelancongan dan tempat lepak utama kalau ke Pulau Pinang, harga pun kemainnn....
Tapi takpe.
Still boleh layan sebab rasa, ok.


#kena serang dengan tukang ambil order.

Mula-mula duduk je, terus kena serbu dengan tukang order.
Kelakar betul.
Tak payah nak lambai-lambai tangan.
Berkerumun datangnya. hahaha...
Meh mokcik ambil gambar.
Nasib baik dah malam, tak berapa clear muka diorang ni.


#ya Allah....time posa2 pulak tulis entri makanan. Sedap sangat niiiiii.......teringat-ingat. T_T


#eh....kerang bakaq pun ada ... berseiring dengan pasemboq yang takdak dalam gambaq. Dah kebuloq sangat kot time tu sampai gambaq-gambaq makanan lain pun lupa snap. hahaha....


Lepas makan, kitorang pi pasar malam kat Batu Feringghi nun.
Cari sorvenir kekdahnya.
Jalan sampai lenguh kaki.
Balik hotel terus tido dengan lena tak fikir hape dah.
Memang terbaik la Hotel Traders tu.
Takde feeling-feeling yang pelik semasa stay kat situ.

Esoknya sebelum naik Bukit Bendera, kami ingat nak pegi makan kat Nasi Kandar Line Clear, malangnya tutup la pulak.
So, cari Nasi Kandar Beratur.
Walaupun yang femes tu buka pada waktu malam, tapi version siang kat sebelah kedai Nasi Kandar Beratur tu tetap tak mengecewakan.
Sedap jugak wehhh......

#nasi kandar pilihanku berlaukkan ayam madu dan telur ikan goreng. Yang tak kelihatan ialah sotong dan udang yang dipass orang sebelah. *wink wink

Kegilaan apakah ini??? kah kah kah....tu laaa.... Tulis lagi entri pasal makanan time posa. 
Ni dok layan la perut yang tetibe berdondang sayang, ko. :p
Nasi kandar Beratur versi siang ni pun not bad, tau.
Walaupun lain-lain tokey, rasanya tak mengecewakan.
Sedap bangat.
Adehhhh.....terlioq lagi ni...




#kedai menempek kat tepi kedai orang lain je. Tapiiii.......memang antara yang terbaik.


#inilah kedai nasi kandar Beratur yang femes sangat tu u olls.....cubalah makan sepinggan kalau nak tau rasanya ye. Memang suggest sangat tempat ni.


#kedai Nasi Kandar Beratur ni betul-betul bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Meh letak setem poyo kat sini. hehe...


Turun dari Bukit Bendera, kami terus ke penang Road nak shopping-shopping apa yang patut.
Paling meriah, beli jeruk Pak Ali la kan?
Al-Fatihah untuk Pak Ali yang pergi mengadap Ilahi pada tarikh sama dengan kehilangan MH370.
Jauh di sudut hati, usahawan-usahawan Melayu memang patut dapat penghargaan kerana kegigihan mereka.
Salah seorangnya Pak Ali.
Moga ramai lagi usahawan Melayu akan muncul selepas ini.
Cawangannya pun banyak di Penang road.
Pilih saja ye.



#jeruk paling femes.


#errr....abaikan muka-muka excited pilih jeruk ni ye. Fokus pada jeruk saja. Macam-macam jeruk ada kat sini. Memang sedap semuanya.


Perjalanan singkat tidak dapat nak explore banyak tempat makanan.
Tapi ini pun dah cukup baik sebab dapat menghilangkan keinginan nak makan makanan Pulau Pinang.
Nanti bulan Jun ni nak pergi lagi.
Amsyar dan Qisya belum naik Bukit Bendera lagi. 
Abah diorang pun macam sedih je kena tinggal hari tu.
Memang wajib kot cari nasi kandaq lagi ni. hehe...



13 Comments

  1. ok fine.. jeles.. aj x penah dpt round makan2 best kat penang,. kena letak antara list lokasi holiday keluarga jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti balik kulim, singgah le penang aj wehh.....mkn mcm2. hehe..

      Delete
  2. Bab makan mmg best cik nor... :D

    ReplyDelete
  3. akak post gambar time sy puasaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tukang taip pun posa jugak..hehe

      Delete
  4. lepas ni bawak kella gi tmpt makan best-best tu tau..

    ReplyDelete
  5. sebolehnya saya cuba untuk tidak klik baca post makan2 penang ni sebab dah tau dah confirm terliur, nasib baik tak bubuh gambar semua makanan, ni pun dah meleleh2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa....sorry mommy jj. Jauh beno nak anto. Huhu...

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Huhu.sy pon baru balik penang je. Tp tdo hydro hotel. Bab makan, kalo salah kedai, kna xsedap. Tp dh g ke blom nurul ikan bakar? Serius sedAp n best!! ;)

    http://ourlovebonding.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Wah...cuti sekolah ni saya nak ke penang..tapi rasa macam tak cukup kalau sehari je singgah kat sana. Banyak tempat nak kena pergi nih...

    ReplyDelete