Drama Korea vs drama Melayu


Assalamualaikum wbt....bismillah...

Ketepikan wajah-wajah plastic surgery actor dan actress Korea.
Ketepikan juga nama dan bahasa Korea yang susah nak sebut sampai lidah boleh tergeliat.
Ketepikan.
Sebabnya, kalau ko dah minat, pasti ko tau nama diorang walau muka masing-masing macam kena copy paste.
Mesti cam walau diorang pakai macam-macam fesyen seiring tuntutan drama/movie yang mereka bintangi.
Betul,kan?

Saya suka menonton drama dan movie korea.
Mereka agak lebih jujur.
Kalau watak tu berkerjaya, dalam cerita tu jelas kerjaya yang dia buat.
Berbanding dengan drama Melayu, selalu tunjuk dalam pejabat, tapi yang pasti selalunya setiausaha dan CEO. hehe..
Tapi itu la, kerjaya yang ada pejabat bukan setiausaha dan CEO je.
Banyak lagi kerjaya lain.
Kalau ada pun, masih tak berapa nak real.
Cuma tau dari dialog-dialog je.

Paling suka, view background yang cantik-cantik dari produksi Korea.
Mereka sangat bijak mempromosikan negara mereka.
Sampai ramai yang tengok, teringin nak melawat Korea.
*termasuklah saya. hehe.
Pandai promosi produk-produk Korea pun ya juga.
Kalau kaya sekali pun, watak-watak mereka masih gunakan kereta dan handphone keluaran tempatan.
Bagus, kan?

Itulah kualiti dan ciri-ciri drama Melayu kita patut tonjolkan.
Punya banyak rumah di Malaysia tapi selalu guna rumah yang sama.
Watak punyalah kaya tapi sarapan pagi hanya roti gardenia sebuku sapu jem.
Kelakar,kan?
Amatlah tak logik bila drama kita selalu menonjolkan watak-watak orang kaya sedangkan pendapatan purata isi rumah rakyat Malaysia berbangsa melayu tak sampai RM5k pun.
Berpijaklah di bumi nyata wahai penerbit drama sekelian.

Kurangkan adegan makan di kedai makan dan atau minum air semata-mata di restoran-restoran.
Apa kata adegan minum air sambil bersembang berlatarbelakangkan keindahan Malaysia.
Promosi tempat pelancongan Malaysia dengan lebih gigih.
Dah tentu-tentu Malaysia ini memang negara yang sangat cantik.
Mudah-mudahan drama kita pun boleh ke luar negara.
Itu sebahagian tanggungjawab namanya.
Bukan duit semata-mata.

Ok. Tulis sikit je dulu walau banyak lagi point.
Nanti kang banyak sangat nak dikutuknya.
Contohnya semalam semasa menonton Ariana Rose.
Terkejut saya Tengku Adam boleh menangis dalam pejabat.
Pejabat orang pulak tu? hahaha...
Agak-agak la wehhh...
Dah tentu-tentu orang kaya golongan kerabat egonya tinggi sampai tergamak nak menangis di dalam pejabat orang adalah satu kesadisan yang agak tinggi.
Agak tak kena kat situ.
errr....peminat Ariana Rose jangan mengamuk, ok.
Ini pendapat saja.
Chilll.... :D

Ok.
Gambar di bawah ni adalah snap screen sebuah drama Korea.
Sesiapa yang berjaya meneka dengan tepat  tajuk drama gambar ni, saya akan berikan hadiah misteri.
Ini GA kilat namanya.


#Apakah tajuk drama Korea ini????

Sape nak hadiah, sila berikan jawapan kat ruang komen ye.
Selamat bercuti semua......



9 Comments

  1. Nice entry (: Daya setuju sangat. Drama melayu sepatutnya perlu tunjuk betapa cantiknya Malaysia.. Ni tak pergi buat shoot dekat negara luar. Isy isy isy..

    Btw tu cerita ape ye ermmm taktau :P

    ReplyDelete
  2. akak tak pernah tgk Ariana Rose...sbb ada pelakon yg akak tak boleh tgk mukanya-Nabila Huda hehe..tak suka sorg,boikot terus..

    ReplyDelete
  3. Korean drama memang diketahui ramai selalu mempromosikan tempat2 dlm negara mereka sendiri.
    Entah di mana silapnya, produser2 Malaysia tak buat macam tu.
    Adakah ia membuang masa mereka?
    Atau mereka tak cukup bajet?
    Atau rasa tak penting?
    Kalau tak, takkanlah Korea drama boleh berjaya, ye dak?
    Pastu, mulalah menyalahkan penonton bila drama or filem dorang tak dapat sambutan.
    Sedangkan... Errr... Sambunglah sendiri.

    ReplyDelete
  4. melayu punya drama selalu tunjuk lorong2....
    apalah slaahnya tunjuk keindahan malaysia nikan...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. setuju sgt!!!harp ader drama atau movie yg promosikan malaysia..

    ReplyDelete
  7. me love drama korea toooooo. itu la... pendrama pendrama kita ni terlalu tinggi khayalan fantasinya, kan lagi best kalau buat cerita ala2 kampung yang promote kecantikan kampung dan kueh mueh kita huhuhu, baru dapat feel.

    ReplyDelete
  8. Alamak tak tahu nama drama ni...heheheh

    ReplyDelete
  9. Cinderella step sister

    ReplyDelete