Pertemuan pertama dan terakhir

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Salam Jumaat yang barakah.


 #gambar kenangan bersama arwah bonda kepada kak halima tuan blog Moh Kembara pada Aidifitri lepas.

Dari blog sebenarnya saya jumpa ramai yang hebat-hebat dan kak halima salah seorangnya.
Saya suka sangat baca blog Moh Kembara tu.
Banyak gambar dan gaya cerita yang sempoi buat saya pun teringin sangat nak pergi ke Laut Hitam, Turki.

Hari Raya lepas saya berkesempatan singgah ke rumah mak kak halima sebab beliau masih berada di kampung.
Masa tu arwah masih sihat dan kak halima kata beliau masih mampu mengayuh basikal di usia menghampiri 90-an.
Semalam, terkesima saya membaca di fb tentang pemergian arwah.
Terkejut saya kerana sejak akhir-akhir ini kak halima suka share pasal arwah.
Gambar arwah menyapu halaman rumah paling segar di ingatan.
Salam takziah buat kak halima sekeluarga.
Al-Fatihah utk Hajjah Zawiah bt Hj Nor Rashid.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.


#bersama embah Mar.

Nenek kepada suami saya pula sedang terlantar di Hospital Selayang kerana menjalani pembedahan pinggul yang patah kerana terjatuh di bilik air.
Ya Allah, sembuhkanlah nenek kami ini.
Panjangkanlah  usianya kerana dialah penyatuan keluarga besar kami.
Aamiiinn.....





4 Comments

  1. Al Fatihah..Yana..akak masih teringat gambar arwah mak Halima mengayuh basikal..persis org muda kudratnya..

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah....
    moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..
    amin..

    ReplyDelete