Riang Ria di Padi House, Putrajaya

Hujung minggu mari lepak-lepak bersama-sama family dan makan di tempat-tempat best.
Alang-alang dah melepak di rumah adik ipar di Putrajaya, jom cari tempat makan yang best.
Kali ni saya cadangkan untuk u olls Padi House cawangan Putrajaya yang sesuai sangat nak lepak-lepak sambil makan tak pun buat macam kami ni. Riang ria kat situ macam berhari-raya. hahaha... (psssttt....tapi berbayar le..)

 Cawangan Padi House di Putrajaya kunjungan kami ini beralamat:

Padi House,
Galeria PjH, Jalan P4W,
Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.


 #Mula-mula sampai pun macam berhari-raya je suasana riang-rianya. Mummy daddy kena tengok pic ni. Tengok si Ireen tu ha. ekeke...


 #Tapi takpe. Qisya datang hulurkan tangan sambil berlarian bersama-sama. ecewaahh...


 #Konsep Padi House ialah Malaysian Variety Cafe Restaurant. Di Padi House Putrajaya ini, bukan setakat menunya yang pelbagai, tempat duduk pun pelbagai juga. Tengok ni, sangat comfy, ok. Ada susunan pokok-pokok Scindapsus Aurieus dalam pasu-pasu kecik. Menyejukkan mata yang memandang.


#Padi House Putarajaya turut menyediakan pelbagai jenis kek yang menarik. Harganya di antara RM6-RM10.90 per slice. Memang sedap-sedap semuanya.


#Tapi inilah yang paling menarik perhatian dan menggamit anak tekak yang meronta-ronta nak rasa. Namanya Macadamia Cheese Cake. Harganya RM10.90 satu, ye.


#Sebelum makanan sampai, mari posing-posing dulu.


#Yang menjadi pilihan saya. Cappucino yang agak pahit. Lavazza pun ada tau. Cubalah kopi-kopi berperisa ni. Mana tahu kot-kot ada yang sesuai dengan selera u olls.


#Macadamia Cheese Cake dan pelbagai jenis kek pilihan kami di petang itu.


Harga menu utama adalah di antara RM12 -RM25.
Semuanya tidak mengecewakan.
Dari menu citarasa Malaysia hinggalah ke Western, semuanya adalah terbaik.
Anak-anak makan nasi goreng Seafood.
Tak sempat snap habis licin di pinggan.
Memang puas hati.
Layan pulak beberapa jenis menu Western di Padi House yang menjadi pilihan adik-adik.


#Spagetti



#Di bawah cheese tu ayam grill. U olls cuba menu ni. Memang sedap.



#Nasi goreng bercheese macam lasagna. Terbaik jugalah.



#Rombongan cik kiah ke Padi House Putrajaya. hehe..


Memang santai sungguh kami di Padi House Putrajaya ni.
Lain kali boleh datang lagi.
Buat birthday party kat sini, ke...
Boleh ye bah??? hehe....






11 Comments

  1. Macam best je...
    Tapi AJ ni kalau masuk Putrajaya confirm sesat..
    Hehehheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun x berani, AJ. Harap encik hubby je. Padahal dah selalu pergi tp x ingat2 jalan. hehe..

      Delete
  2. haah...bestnyer suasana kat sini..santai......makanan2 pun...terliur nengok nyer hah

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sebenarnya, kat mana2 pun best kalau bersama family. Tp kat sini mmg disyorkan sgtlah. memang menunya tak mengecewakan. :)

      Delete
  4. chiken chess grill tu....
    mengoda..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu mmg sedap banget, cik nur. Mmg kena repeat lagi le. hehe..

      Delete
  5. oh cheese..i love u..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg x menahan itu cheese. Mesti grab pehtu skrg ni dok teringat2. hahaha..

      Delete
  6. ada sijil halal? g3tbackers@yahoo.com

    ReplyDelete