Sakit ke bersunat tu, mama?

Pagi tadi tengah bersiap-siap nak pergi kerja, sempat berpesan kat Amsyar.

"Balik sekolah, abang tolong kemas bilik abang ni. Nanti lepas bersunat, abang duduk bilik ni. Dah buat appoinment doktor kena sunat hari ahad malam Isnin." saya.

"Aca sorang je ke kena sunat?" Amsyar.

"Yelah. Dalam rumah ni semua dah sunat. Abang sorang je belum." saya. (terus tepuk dahi sebab rasa macam silap cakap pulak lepas tu.)

"Eh? Adik (qisya) dah sunat ke? Mama tipu. " Amsyar.

"Dah. Perempuan pun semua bersunat. Tapi bersunat masa kecik, masa baby." saya. (terpaksa explain.)

"Sakit ke bersunat tu, mama? Aca takutlah. Nanti nak minta gula-gula." Amsyar.

"Apasal pulak nak gula-gula? Untuk penenang ke?" tanya saya.

"Yelah. Aca takut." Amsyar.

"Takyah ngada-ngada." saya.


Ok. Siap dah pakai tudung.
On the way nak ke pintu, tetiba dia bersuara.

"Alaaa......perempuan nanti kena bersunat lagi kalau bersalin, kan mama?"

Mamanya rasa nak hantuk kepala ke dinding tapi malas nak layan dah.
Entah dari mana datangnya idea tu tak tahulah saya.
hmmmm....amsyar, amsyar.....


*google
#Amsyar nak bersunat ramai-ramai macam ni kat kampung tapi maaflah, mama takde cuti dah. Macam mana nak jaga dia nanti.



16 Comments

  1. anak kita darjah 1 plak minta nak sunat,katanya kawan kawan dia semua dah sunat hu hu

    ReplyDelete
  2. hahaha ! nanti anak buah CP pown nak disunatkan serentak je , umur 11thn, 9thn, 5thn ... :)

    ReplyDelete
  3. plan thn ni nak sunatkan along/angah....nasib baik nak

    ReplyDelete
  4. ha pompuan kena sunat lg kalau bersalin nanti..hehee info mana dia dapat tu...:)

    ReplyDelete
  5. Perempuan bersunat masa bersalin. Bukan setakat bersunat, beribu-ribu urat putus ( terkenang pengorbanan seorang ibu ).

    ReplyDelete
  6. sunat masa bersalin. hehe

    ReplyDelete
  7. sunat masa bersalin??hehehehe

    ReplyDelete
  8. mesti dup dap si amsyar tu..hihih

    bersunat masa bersalin, mana dia dapat citer tu kak..

    ReplyDelete
  9. wahh nk brsunat dh amsyar.. mn plk dtg idea snt ms brsalin tu hihi

    ReplyDelete
  10. emm..tak tahu nak komen ape..hihi..

    ReplyDelete
  11. Masuk jawi menjadi lelaki sejati....selepas sunat.
    Kata bapa aku kononnya nak kasi ayat semangat...
    Dalam hati..dup..dap..kikiki

    ReplyDelete
  12. ahahahaha...
    amsyar.. amsyar...

    hantuk yana jgn tak hantuk kepala tu ekekekekek...

    lucu la anak teruna ko ni Yana :D

    ReplyDelete
  13. hehe. teringat dulu kenangan saya bersunat tahun 1999. hehe. tapi masa tu tak ramai, sorang je. hehe

    ReplyDelete
  14. haha.. lawak betol budak2 skrg. first time ni dgr prmpuan brsunat masa brsalin, hehe

    ReplyDelete
  15. hehe comel betul gelagat..:)

    ReplyDelete