Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Setiap kali berkunjung ke Cameron Highlands,
Strawberry Park Resort adalah pilihan saya.
Tak kisahlah sebab ia adalah hotel lama.
yang penting ia adalah destinasi penginapan terbaik di Cameron Highlands.

Resort ini terletak berasingan dari tempat-tempat penginapan lain.
maka ia adalah sunyi dan sangat sesuai untuk istirehat.
pemandangan yang indah juga adalah penyebab saya sangat sukakan resort ini.
ecewah...cukup tak intro? haha...

Saya pernah menginap di apartment Tioga dan Shasta ketika menginap di resort ini.
Kali ini saya berkesempatan menginap di apartment Fresno yang baru diubahsuai.
Cantiklah hitam putih. Saya suka.


#menunggu giliran untuk check in. 


#snap dulu gambar Qisya dan Amsyar di lobi sementara menunggu urusan check in selesai.
*gigi abang nampak scary la..huhu..


#salah sebuah bilik di apartment ini. Sangat comfy. Suka.


#model kecik. hehe..


#pintu bilik menggunakan sliding door. Boleh tengok tv terus dari atas katil.


#ruang tamu yang luas.


#pemandangan dari balcony kami.


#tema hitam putih lagi. sumber FB. lupa nak snap.


#satu lagi ruang untuk berehat.


#cukuplah ruang untuk solat berjemaah.

Resort ini tidak membenarkan aktiviti memasak.
maka terkuburlah impian nak bersteambot kat sini.
tapi kami dapat juga bersteambot di tempat lain.
itu dalam entri lainlah ye.
banyak sangat rasa nak tepek gambo..hehe..



8 Comments

  1. BERAPA SEMALAM BILIK NI YANA...CAM BESH LAAA

    ReplyDelete
  2. harga x promosi rm800. Harga promosi rm680 kot. ce tengok kat web diorang. kadang2 lagi murah...

    ReplyDelete
  3. cantik ar.. hitam putih.. hati membuak² nak ke cameroon highland.. ahakss!!

    ReplyDelete
  4. Pernah sampai dh strawberry park ni ... masa tu thn 1998

    ReplyDelete
  5. syokknya...percaya tak sana belum pernah jejak ke sana..huhuhu...

    erm..cantik jugakan tema hitam putih...

    ReplyDelete
  6. hehe....cuti2 hujung minggu pun boleh. Lagi best sebab tak kena traffic jem...

    ReplyDelete
  7. Lawonya apt tu... Boleh muat berapa orang kak?

    ReplyDelete
  8. sye pegy aritu check in 2 otel/resort ..... greenhill and equatorial :)
    greenhill tak best ! :(

    ReplyDelete