SiaKap ReBus aLa CiNa

Minggu lepas shopping kat Mydin.
Beralih arah jap dr Giant. Bila nmpk ikan siakap, tiba2 lak tingin nak beli. Selalunya aku suka beli yg kecik2 jer. tak main la yg beso2 nie. Kalau beso pun yg dah siap2 potong. Tau la apa maksudnya tu, kan? ngeee......

Tak tau nak masak apa ikan tu. Selalunya mak dgn kakak2 aku masak stim jer. Hubby aku pon ingat nak stim jer ikan tu. Tapi hari tu aku nak buat lagi simple. Cedok kat buku masakan.....kahkahkah. Heppp!! jgn dok gelakkan aku yer.

Aku ngaku la aku tak terel mcm nanirostam tu. Gigih aku ambik risiko nak test2 resipi nih. Dah ler beli sekor jer. Kalau tak jadi bole naya aku. Mahal tu weii... rege dia bole beli dekat 2kg ayam.

Tapi sebelum masak, pastikan semua bahan2 dah ada. Aku bole terlupa pulak nak beli limau kasturi. Nak pi kedai balik, tak larat dah nak turun naik tangga. So aku hambat Amsyar pi pinjam jap kat pengasuh dia.... wakakaka....sungguh tak malu. Tapi aku tak kira, aku nak pastikan jugak menu aku hari itu menjadi. dah ganti balik dah pon limau tu... ngeeee..

Rupa siakap rebus aku tu mcm kat bawah nie lebih kurang, cuma x de karot dan siakap aku tu diseliputi daun ketumbar yg agak byk. Sbb aku suka daun tu...hehe. Selamat mencuba resipi nie. Hasilnya x mengecewakan tau....sedaaappp...



macam nie ler rupanya sket2. yg aku masak tu lg meriah daun ketumbar atas ikan tu
*credit kat empunya gambo kat cik google

Bahan :

Sekor ikan siakap
Halia 3 cm- dihiris memanjang
bawang putih -dihiris
5 biji cili padi-dihiris memanjang
1 sudu makan sos tiram
daun ketumbar- dipotong sederhana
4 biji limau kasturi
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
air secukupnya utk merebus

Cara2nya:
1. sapu garam seluruh badan ikan dan sumbat perutnya dgn separuh halia yg dihiris tadi. Biarkan 10 minit.

2. Panaskan minyak pastuh tumis bawang putih, halia & cili padi sampai naik bau.

3. Masukkan sos tiram dan seterusnya air.

4. Setelah mendidih, masukkan ikan bersama separuh daun ketumbar yg dipotong tadi. tutup kuali dgn penutup dan tunggu sampai masak. 

5. Dah sesuaikan rasa dgn garam, boleh la angkat & hidang dalam pinggan besar. Taburkan daun ketumbar yg separuh lagi dan jus buah limau kasturi.

6. Boleh la makan dgn nasi yg panas2. sekian.  

0 Comments